suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Faedah Jawab TMJ - KJ

KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin menganggap tiada faedahnya untuk beliau memberi maklumbalas terhadap sindiran Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung ketidakhadirannya pada perlawanan akhir Piala FA, baru-baru ini.

"Saya percaya tiada faedah untuk saya menjawab perkara ini," kata Menteri Belia dan Sukan itu kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Sebelum itu Khairy menghadiri majlis penyerahan watikah kepada anggota parlimen belia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan presiden FAM itu, termasuk menasihatkan menteri itu supaya tidak hanya memilih untuk hadir ke majlis tertentu sahaja.

Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Mei itu, Kedah merangkul kejuaraan kali ke empat selepas menewaskan Pahang 3-2.

Tunku Ismail berkata, Khairy sepatutnya menjadi antara individu yang sepatutnya hadir untuk menyaksikan perlawanan bersejarah itu.

"Jangan hanya ke majlis di mana anda akan menjadi tumpuan ramai," kata Tunku Mahkota Johor atau TMJ itu.

Menurut Tunku Ismail, beliau dimaklumkan Khairy terlibat dengan program Askar Wataniah pada malam perlawanan Piala FA tersebut.

TMJ, Khairy, Piala FA

Artikel Berikut

Artikel Lain