Bekas Tentera Diberkas Serang Anggota Di Kem - Semasa | mStar

Bekas Tentera Diberkas Serang Anggota Di Kem

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas tentera diberkas selepas cuba merampas senapang daripada seorang anggota tentera yang bertugas di pintu masuk kem tentera Seberang Takir di sini, Jumaat.

Dalam kejadian pukul 1.55 tengah hari itu, suspek datang ke kem tersebut menaiki motosikal dengan memakai topi keledar dan menutup mukanya menggunakan kain berwarna hitam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata suspek berusia 41 tahun itu kemudian meninggalkan motosikalnya di luar pagar pos pengawal dan meluru kepada anggota tersebut sambil menyatakan mahu berjumpa penolong pegawai pemerintah kem berkenaan. 

"Namun suspek bertindak liar dan agresif dengan mengacu pisau sepanjang sembilan inci ke leher anggota berkenaan menyebabkan berlaku pergelutan sehingga mangsa cedera di belakang leher terkena tikaman pisau berkenaan.

"Suspek turut cuba menarik senjata anggota berkenaan, namun seorang anggota lain yang menyedari kejadian kemudian bertindak meleraikan pergelutan dan mendapatkan bantuan," katanya dalam sidang media, di sini, Sabtu.

Wan Abd Aziz berkata suspek yang berasal dari Kampung Pak Kancil, Setiu, kemudian ditahan oleh rakan setugas mangsa sebelum diserahkan kepada polis.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek adalah bekas tentera dan telah dikenakan tindakan buang kerja pada 2007 kerana masalah mental.

"Mangsa yang berusia 29 tahun dan berasal dari Kuala Kangsar, Perak, kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, dan menerima tiga jahitan di bawah telinga," katanya. 

Menurut Wan Abd Aziz, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis sedang mengenal pasti motif utama suspek bertindak sedemikian.

"Hasil semakan rekod dan ujian air kencing yang dijalankan menunjukkan suspek bebas daripada pengaruh dadah serta kesalahan jenayah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata," katanya.-- Bernama


Seberang Takir , tentera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain