suria

Tekong Bot Katamaran Dipenjara 6 Bulan

KOTA KINABALU: Pemilik dan tekong bot katamaran yang karam dalam kejadian pada Sabtu minggu lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen atas kesalahan menyebabkan kematian akibat cuai.

Tekong bot, Sharezza Salian, 25, yang merupakan tertuduh pertama, bagaimanapun mengaku bersalah atas dakwaan tersebut manakala tiada pengakuan dibuat oleh pemilik bot, Leong Vin Jee, 44.

Hakim Ainul Shahrin Mohamed menjatuhkan Sharezza dengan hukuman enam bulan penjara.

Vin Jee meminta sebutan semula kes pada Isnin memandangkan tertuduh memerlukan khidmat penterjemah.

Kedua-dua tertuduh didakwa membenarkan operasi bot membawa lebih muatan pada 9.15 pagi 28 Januari lalu.

Mereka juga didakwa membenarkan bot berkenaan meninggalkan jeti di Tanjung Aru Lama walaupun tindakan mereka membahayakan nyawa penumpang.

Sharezza meminta hukuman diringankan memandangkan dia merupakan penduduk miskin dan perlu menjaga ibu bapanya.

Dia merupakan anak ketiga daripada lapan beradik.

Vin Jee pula dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dan perlu melapor di balai polis Tanjung Aru setiap 15 hari bulan.

Namun dia tidak dibenarkan meninggalkan kediamannya dan perlu melapor kepada mahkamah jika mahu meninggalkan daerah.

Kejadian pada Sabtu lalu menyayksikan tiga orang terbunuh apabila bot yang sarat dengan pelancong Cina karam akibat terlebih muatan.

Seramai lima pelancong dan seorang krew kapal dilaporkan hilang dan usaha mencari masih diteruskan.

Katamaran

Artikel Berikut

Artikel Lain