Ceroboh Hutan: Kes Diserah Kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya - Semasa | mStar

Ceroboh Hutan: Kes Diserah Kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menyerahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung penahanan seorang wartawan dan seorang jurukamera agensi berita asing kerana disyaki menceroboh Hutan Simpan Kekal Gua Musang di Kelantan.

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini kerana sudah menjadi ketetapan bagi mana-mana individu untuk mendapatkan permit terlebih dahulu sebelum memasuki hutan simpan tersebut.

"Tindakan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk menahan wartawan berkenaan kerana peraturan telah ditetapkan iaitu orang awam perlu mempunyai permit masuk sebelum memasuki hutan simpan tersebut.     

"Mereka dibawa oleh anggota Jabatan Perhutanan ke pejabat untuk diambil keterangan. Apabila kertas siasatan dan ulasan daripada pegawai dari Jabatan Perhutanan siap, ia akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya sama ada wajar untuk diambil tindakan undang-undang atau tidak," katanya.

Beliau berkata kepada Bernama selepas majlis makan malam sempena program perjumpaan rasmi dan juga sambutan Tahun Baharu Cina bersama warga kementerian itudi Jalan Putra, Rabu malam.  

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri.  

Pada Selasa, Jabatan Perhutanan Semenanjung menahan seorang wartawan dan seorang jurukamera agensi berita asing kerana disyaki menceroboh, dua wartawan itu adalah warganegara Malaysia dan didapati bersalah kerana berada dalam kawasan hutan simpan itu tanpa kebenaran.

Siasatan juga mendapati wartawan berkenaan mempunyai Pas Media Jabatan Penerangan yang tempohnya telah tamat pada 2013 dan tidak diperbaharui.     

Dalam pada itu, Wan Junaidi turut mengucapkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Cina di negara ini dengan harapan mereka akan sentiasa dilimpahi rezeki dan merayakannya dengan penuh kegembiraan.     

Majlis makan malam itu turut diserikan dengan persembahan tarian singa dan paluan gendang serta cabutan bertuah. 

Artikel Sebelum

Ragam, Gelagat Along Mencuit Hati Jemaah

Artikel Berikut

Rakyat Malaysia Harus Bersatu - Tiong Lai

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?