suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

48 Sekolah Di Kelantan Ditutup Esok Akibat Banjir

KOTA BARU: Sebanyak 15,084 pelajar tidak dapat meneruskan sesi persekolahan pada Rabu apabila Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan memutuskan 48 sekolah ditutup berikutan banjir yang belum surut di negeri ini.

JPN Kelantan dalam kenyataan pada Selasa malam berkata jumlah itu membabitkan 24 sekolah di jajahan Pasir Mas, sembilan di Kuala Krai, enam di Tanah Merah, lima sekolah di Tumpat dan empat di Machang.

Sekolah yang ditutup di jajahan Pasir Mas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, SK Rahmat, SK Gual Tokdeh, SK Rantau Panjang, SK Lubok Stol, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Kok Pauh, SK Sri Rantau Panjang 1, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram dan SABK Diniah Bongor.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, SMK Tiang Chandi, SK Gual Tinggi, SK Kedai Tanjong, SK Bakong, SK Gual Sitok, SK Gual Periok, SK Batu Jarum, SK Barol Pial, SK Kubang Kuau, SMK Barol Pial, SK Tok Sangkut dan SABK Al-Balaghul Mubin di jajahan itu turut ditutup.

Di Kuala Krai, ia melibatkan SK Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal, SABK Saadatul Qura, SK Batu Jong, SK Pasir Gajah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gajah.

Bagi Tanah Merah, enam sekolah yang ditutup adalah SMK Ladang Kerilla, SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang dan SK Tebing Tinggi dan SK Kulim.

Di Tumpat, sekolah yang ditutup adalah SABK Nurul Huda Kajang Sebidang, SK Simpangan, SK Bendang Pak Yong, SK Pulau Beluru dan SK Telok Jering.

Di Machang, sekolah yang ditutup adalah SMK Temangan, SK Temangan, SK Kampung Kerilla dan SJKC Chung Hwa.

Semua sekolah terbabit ditutup sama ada sekolah itu dinaiki air atau laluan ke sekolah ditenggelami banjir serta berbahaya kepada pelajar dan guru.

Penutupan sekolah itu turut membabitkan 1,528 guru.

Banjir

Artikel Lain