suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Cuti 13 Disember Ini - KSN

Dr Ali Hamsa.

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan yang tersebar di media sosial mengatakan KSN mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai hari pelepasan am.

Pejabat KSN dalam kenyataan hari ini berkata, kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh KSN, Tan Sri Dr Ali Hamsa seperti yang diviralkan.

"Adalah dimaklumkan kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan KSN, dan 13 Disember 2016 bukanlah hari kelepasan am," kata kenyataan itu.

Pada Selasa, tersebar satu mesej di media sosial mengatakan kononnya Ali Hamsa mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu pada hari berkenaan.

Mesej itu turut menyatakan pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu kononnya dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing. - Bernama

KSN, Dr Ali Hamsa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain