suria

Pelajar Bercium Dari Sekolah Swasta Di JB, Dakwa Dianiaya Rakan

JOHOR BARU: Dua pelajar yang adegan mereka sedang bercium dirakamkan, membuat pengakuan bahawa mereka adalah individu dalam video yang menjadi viral di laman media sosial.

Pengetua Sekolah Tinggi Foon Yew, Tee Bee Tin turut mengesahkan pelajar lelaki dan perempuan dalam video itu adalah dari sekolah berkenaan berdasarkan nombor pengenalan diri pada pakaian seragam sekolah pasangan tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua pelajar berusia 13 tahun itu dan ahli keluarga mereka turut dipanggil untuk berbincang pada Isnin.

"Ibu bapa pelajar lelaki itu mendakwa anaknya telah dianiaya oleh rakannya.

"Mereka mendakwa beberapa adegan lucah lain dalam video itu turut dimuatnaik oleh rakannya," kata Bee Tin kepada pemberita di sekolah swasta di Kampung Stulang Laut dekat sini, Selasa.

Turut hadir ibu bapa pelajar perempuan terbabit.

Video berdurasi 52 saat yang menjadi viral di Facebook pada Jumaat menunjukkan sepasang pelajar lelaki dan perempuan memakai pakaian seragam sekolah sedang bercumbuan.

Terdapat juga beberapa adegan lucah lain di dalam video tersebut.

Bee Tin berkata, beliau dimaklumkan bahawa pelajar dan rakannya yang berusia 20 tahun yang bekerja sebagai chef di Singapura terlibat dalam perselisihan faham pada Oktober lalu.

Jelas beliau, ibu bapa pelajar lelaki terbabit memberitahu rakannya itu turut mengancam untuk memalukan mereka dalam masa terdekat.

Bapa pelajar terbabit turut mendakwa lelaki itu turut menggodam laman Facebook milik anaknya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain