suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Tok Batin Tiada Locus Standi Saman Kerajaan Selangor

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa seorang bekas Tok Batin daripada suku kaum Temuan dan dua anak lelakinya tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk menyaman kerajaan Selangor dan empat pihak lagi bagi deklarasi untuk menuntut kembali tanah Orang Asli.

Berikutan keputusan panel tiga hakim, saman sivil yang difailkan oleh Malam anak Gerchang, 72, dan dua anak lelakinya, Dewi, 56, dan Jafrin, yang memohon untuk mengisytiharkan 17,900 ekar tanah sebagai penempatan rizab Orang Asli itu ditolak.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, yang mempengerusikan panel berkenaan, berkata berdasarkan keterangan, ketiga-tiga lelaki itu tidak mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan undang-undang bagi pihak kaum Temuan.

Panel itu sebulat suara menolak rayuan ketiga-tiga mereka dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Februari tahun lepas bahawa mereka tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan undang-undang terhadap responden.

Hakim Mohd Zawawi berkata sungguhpun mahkamah bersimpati dengan mereka berikutan masalah yang dihadapi, mahkamah tidak boleh membuat keputusan yang memihak kepada mereka berdasarkan fakta dan keterangan kes itu.

Orang Asli, locus standi

Artikel Lain