suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib: Duterte Mahu Melawat Malaysia

VIENTIANE: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyatakan hasrat untuk melawat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, presiden yang baharu dilantik itu menyatakan minat beliau untuk datang ke Malaysia ketika mereka bercakap secara ringkas pada Sidang Kemuncak Asean di sini, Selasa.

Walau bagaimanapun, belum ada tarikh yang ditetapkan selepas tarikh asal yang dicadangkan Duterte bertembung dengan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Jerman pada akhir September.

"Kami juga bertukar-tukar pandangan mengenai keadaan semasa di Filipina, khususnya pengeboman di Davao City yang mengorbankan 14 orang.

"Beliau menjelaskan keganasan adalah kebimbangan utama beliau," katanya kepada media Malaysia pada hari pertama sidang kemuncak itu.

Media dunia memerhatikan kelakuan Duterte sepanjang sidang kemuncak itu kerana beliau telah membuat kenyataan kontroversi terhadap Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiada Zika Di Pahang - Exco

Artikel Lain