suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peguam Stanley Augustin Sah Bercerai

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Stanley Clement Augustin dan isteri yang juga ahli perniagaan, Datuk Nika Gee Siew Yee secara rasmi bercerai pada Selasa.

Peguam Augustin, S. Periasamy memberitahu pemberita selepas kedua-dua pihak bertemu hakim Mahkamah Keluarga, Mariah Ahmad di dalam kamar.

Periasamy berkata, perkahwinan itu dibubarkan dengan persetujuan bersama berkuatkuasa serta merta.

Sementara itu peguam Gee, Choo Dee Wei berkata, pasangan itu kini bercerai secara rasmi.

"Mereka kini membawa haluan masing-masing," katanya.

Berdasarkan petisyen perceraian difailkan pada Disember 2014, Augustin berkahwin dengan Gee pada 24 April 2007 dan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya, dua hari sebelum Augustin bersara daripada perkhidmatan awam sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

Augustin adalah seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia apabila petisyen itu difailkan.

Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuk jawatan kanan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang dari tahun 1982 hingga April 2007.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain