suria

Permaisuri Johor, Anakanda Berangkat Ke Tanah Suci

JOHOR BARU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersama dua anakandanya berlepas ke Makkah pada Isnin bagi menunaikan ibadah haji.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengiringi Permaisuri dan anakanda baginda sehingga ke balai berlepas diraja di sini.

Raja Zarith Sofia, Tunku Aminah Maimunah Iskandar dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar bersama rombongan berlepas menaiki dua pesawat milik Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail pada pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 petang pada Isnin.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut juga menyertai rombongan bagi melaksanakan upah haji bagi Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Rombongan keluarga diraja itu akan transit di Jeddah sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah.

Titah Sultan Ibrahim, baginda tidak dapat menyertai jemaah itu atas nasihat doktor kerana baru sahaja menjalani prosedur angioplasty empat hari lalu.

Turut hadir untuk menghantar jemaah adalah Tunku Ismail bersama isterinya, Che Puan Bustamam, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan pegawai kanan negeri.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain