Pengarah Urusan Bergelar Datuk Ditahan SPRM

Pegawai kanan jabatan kerajaan di Melaka bergelar 'Datuk' yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah, dibawa oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas dibebaskan dengan jaminan RM300,000 tanpa cagaran oleh seorang penjamin pada Khamis. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai atas kesalahan salah guna kuasa dan terlibat rasuah.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata lelaki itu ditahan hari ini di pejabatnya iaitu sebuah syarikat perbankan pada 2 petang Khamis di ibu negara hasil maklumat orang ramai berhubung salah laku rasuah.

"Dia dipercayai terlibat dalam tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

"Sebanyak RM15 juta telah diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik orang yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.

SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap mereka yang menyalahgunakan kuasa dan mempunyai kehidupan melebihi kemampuan, selaras dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad, kepada Bernama baru-baru ini yang mahu membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Pada 15 Ogos lalu, tiga penjawat awam - dua daripadanya bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' - ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.   

Ketiga-tiga mereka yang masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.    

SPRM turut membekukan akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang yang ditahan. -Bernama

SPRM, Pengarah Urusan, Datuk

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain