suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Gempa Bumi Di Itali - Wisma Putra

-fotoAFP
KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan sehingga kini tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian gempa bumi yang melanda daerah Amatrice dan Accumoli yang terletak di wilayah Umbria, Itali, awal pagi Rabu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan meneruskan pemantauan dan memberikan maklumat sewajarnya berhubung kejadian gempa berkenaan.

"Kerajaan Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Itali, khususnya kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban," menurut kenyataan itu.

Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter kira-kira 100 kilometer di timur laut Rom, menggegarkan Itali pada 3.37 pagi tadi.

Media antarabangsa melaporkan setakat ini, 73 mangsa terkorban termasuk sepasang warga emas, sementara lebih 20 orang telah dikejarkan ke hospital.

Artikel Lain