suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

34 Rakyat Malaysia Berkerja Di Ladang Blueberry Ditahan

PETALING JAYA: Seramai 34 rakyat Malaysia termasuk dua kanak-kanak telah ditahan oleh Pasukan Kawalan Sempadan Australia (ABF) kerana berkerja secara haram di sebuah ladang blueberry di New South Wales.

Terletak di utara Coffs Harbour, ladang itu didakwa menjadi sebahagian daripada sindiket tenaga kerja bawah tanah yang mengupah pekerja asing tanpa izin di Woolgoolga.

Aktiviti mereka terbongkar selepas pegawai ABF dan Polis Persekutuan Australia menyiasat hartanah itu pada Selasa berdasarkan maklumat daripada orang awam.

Daripada 34 rakyat Malaysia yang bekerja di ladang itu, 14 daripadanya berada di negara ini secara haram manakala baki 20 lagi bekerja dengan melanggar syarat visa.

Tahanan dewasa telah dihantar ke Pusat Tahanan Imigresen Villawood untuk dihantar pulang ke Malaysia, manakala tahanan kanak-kanak ditempatkan di pusat tahanan alternatif.

Di Australia, penganjur penipuan visa dan kerja haram berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga AUD$100,000 (RM308,016).

Artikel Lain