suria

Noor Amila: Anggota Keluarga Didakwa Di Mahkamah Esok

Noor Amila Edrus Norsham
KUALA LUMPUR: Seorang anggota keluarga kanak-kanak lelaki, Noor Amila Edrus Norsham, yang dijumpai mati pada Khamis lepas, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Rabu atas dakwaan membunuh kanak-kanak lima tahun itu.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata suspek lelaki berumur 26 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Katanya tempoh tahanan reman suspek selama empat hari bermula Isnin (15 Ogos) lalu dan disambung reman pada 19 Ogos akan berakhir esok.

"Suspek yang merupakan warganegara Malaysia dan bekerja sebagai mekanik akan dituduh di Mahkamah Majistret esok," katanya kepada pemberita di sini.

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada 11 Ogos sebelum mayatnya ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, pada 12.30 tengah hari Khamis lepas.

Artikel Lain