suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Acara Jalan Kaki #AnakAnakMalaysia Warnai Bukit Bintang

Jaguh bina badan negara, Sazali Samad dan keluarga antara yang hadir memeriahkan acara ini.

KUALA LUMPUR: Peserta #AnakAnakMalaysia Walk 2016 berkumpul untuk menyertai acara yang julung kali diadakan di Pusat Konvensyen Bukit Bintang di sini pagi Ahad.

Seawal pukul 6.30 pagi, kawasan itu sudah dipenuhi peserta yang terlibat.

Sekumpulan peserta yang memakai pakaian tradisional dilihat bermain gendang di pintu masuk.

Bunyi loceng dan vuvuzela turut membangkitkan mood menjelang kemuncak acara tersebut dengan kebanyakan peserta mengibarkan jalur gemilang untuk menunjukkan rasa cinta dan sokongan kepada negara.

Memakai jalur pergelangan tangan #AnakAnakMalaysia, sekumpulan peserta dilihat mengambil gambar wefie sementara menunggu acara bermula.

Peserta turut menulis ucapan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada padan tanda #AnakAnakMalaysia.

Kira-kira pukul 7 pagi, peserta mula berkumpul di laluan utama sebelum acara bermula.

Acara jalan kaki #AnakAnakMalaysia dianjurkan Kumpulan Media Star dengan kerjasama EcoWorld.


Artikel Lain