suria

5,000 Peserta Meriahkan Acara Jalan Kaki #AnakAnakMalaysia

Dari kiri: Wong bersama Fu Ah Kiow, Liew Kee Sin, Datuk Seri Nazir Razak dan Datuk Jimmy Choo.

KUALA LUMPUR: Seramai 5,000 peserta yang mengambil bahagian dalam acara jalan kaki #AnakAnakMalaysia mula bergerak dari Bukit Bintang di sini.

Acara itu dilepaskan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dan diketuai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Kebanyakan peserta dilihat bersemangat memulakan acara itu dan bersorak semasa meninggalkan garisan permulaan.

Kanak-kanak berjalan bersama dengan keluarga mereka manakala sekumpulan peserta dengan pelbagai etnik dan latar belakang hadir memeriahkan acara itu dengan semangat #AnakAnakMalaysia.

Peserta yang memakai baju-T berwarna putih akan berjalan kaki sepanjang laluan 3.4 kilometer di ibu negara.

Artikel Sebelum

Artikel Lain