suria

Adenan Harap Penumpang, Juruterbang Selamat

Tan Sri Adenan Satem
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meminta semua pihak mendoakan agar semua individu yang berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang selamat.

"Mendengar berita kehilangan helikopter dalam perjalanan dari Betong ke Kuching.

"Sama-samalah kita berdoa agar semua penumpang dan juruterbang helikopter RPC6828 selamat," kata Adenan di laman Facebook beliau kira-kira pukul 11.15 malam Khamis.

Walaupun senarai penumpang masih belum disahkan, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah dipercayai berada dalam penerbangan RPC 6828 itu.

Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Tiga yang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

Artikel Sebelum

Artikel Lain