suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi: Kakitangan Awam Ditahan Cetus Provokasi di Facebook

KOTA KINABALU: Seorang kakitangan awam berusia 22 tahun ditahan kerana menghina dan menimbulkan provokasi terhadap rakyat Sabah kerana gempa bumi yang membunuh 18 pendaki dan malim gunung.

Lelaki itu memuat naik status "Kene gempa bumi baru nak kecoh .. Standard la negeri penuh sociality ... pub ... kelab malam terbanyak di Malaysia ... Nk Goyang Sgt kan. Tuhan dah bagi goyang tu.. kenapa takut pula ?? " tulisnya di akaun Facebooknya pada 6 Jun.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 9 malam iaitu kurang 12 jam selepas satu laporan polis telah dibuat terhadapnya.

"Kami merampas sebuah telefon bimbit dan dua kad sim daripada suspek dan keterangan telah dirakam untuk siasatan ," katanya.

ACP Chandra berkata, kes akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Gempa Sabah

Artikel Lain