IKN Tiada Kaitan Dengan Penyebaran Maklumat Daun Ketum Antikanser - Semasa | mStar

IKN Tiada Kaitan Dengan Penyebaran Maklumat Daun Ketum Antikanser

PUTRAJAYA: Institut Kanser Negara (IKN) pada Isnin menjelaskan, ia tidak terlibat dengan penyebaran maklumat berhubung isu daun ketum sebagai antikanser yang tersebar melalui media sosial.

IKN melalui kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada Isnin, berkata kandungan maklumat tersebut jelas tidak melibatkan aktiviti serta perkhidmatan di IKN.

Menurut kenyataan itu, penyebaran maklumat menerusi aplikasi mediasosial WhatsApp berhubung isu ranking daun ketum sebagai pencegahan antikanser dikesan berlaku dan merujuk 'Institut Pencegahan Kanser' sebagai pihak yang mengumumkan perkara berkenaan.

"Maklumat yang disebarkan adalah tidak diketahui kesahihannya kerana tiada sumber rujukan yang dinyatakan," menurut kenyataan itu. 

Artikel Berikut

Lebih Artikel

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil