suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amal Kesederhanaan, Tolak Ekstremisme - Liow

Majlis Ulang Tahun Ke-66 MCA di Kuala Lumpur, Ahad. Foto LOW BOON TAT / THE STAR

KUALA LUMPUR: MCA meminta semua pihak di seluruh negara supaya mengamalkan kesederhanaan dan menolak ekstremisme bagi membantu mematahkan pengaruh militan Negara Islam (IS).

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, lebih 60 rakyat Malaysia telah menyertai IS setakat ini, yang merupakan sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan.

"Kesederhanaan adalah amat penting untuk negara kita dan ia sebenarnya bukan sesuatu yang baharu.

"Malahan, presiden MCA pertama, (mendiang) Tun Tan Cheng Lock menekankan mengenai kepentingan bersederhana dan keperluan untuk menolak ekstremisme," katanya pada majlis perasmian sambutan ulang tahun ke-66 MCA di sini, pagi Ahad.

MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949.

Menurut Liow, MCA memberi perhatian kepada gesaan untuk kesederhanaan sejak presiden yang mengasaskannya, dan menyumbangkannya kepada kestabilan, keamanan dan kemajuan negara.

Beliau turut menggesa para pemimpin dan anggota parti untuk bersatu menentang rancangan PAS untuk melaksanakan hudud.

Lebih 2,500 anggota MCA menghadiri majlis sambutan ulang tahun itu yang bertemakan "Merealisasikan Kesederhanaan, Membina Pragmatisme."

MCA, Liow Tiong Lai

Artikel Berikut

Artikel Lain