suria

Polis Jumpa Pistol Milik Suspek Tembakan Rambang

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Polis menjumpai sepucuk pistol jenis Smith  and  Wesson 357 Magnum berwarna perak di kawasan semak di Lubuk Merbau, Kuala Nerang pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata pistol itu milik seorang daripada suspek yang melepaskan tembakan rambang bermotifkan cemburu pada Selasa lepas (10 Mac) di sebuah kedai makanan di Padang Terap.

Beliau berkata pistol itu yang dibuang suspek di kawasan semak samun di lokasi kejadian ditemui kira-kira pukul 1.15 tengah hari.

Suspek kes itu membawa sepasukan polis ke lokasi kejadian bagi mendapatkan pistol yang digunakan, katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, suspek berusia 30-an bertindak melepaskan beberapa tembakan pada telefon bimbit milik seorang wanita berusia 40-an dipercayai teman wanita suspek di sebuah kedai makanan di Padang Terap.

Hasil laporan oleh wanita terbabit, polis menahan dua lelaki berusia 30-an dalam dua tangkapan berasingan kira-kira pukul 3.30 pagi dan 5.30 pagi pada 11 Mac lepas dan menemui sejumlah peluru, selaras pump gun serta dua pasang gari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain