suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Pesawat Aerobatik Terhempas Semasa Latihan Lima 2015



PETALING JAYA: Dua pesawat pasukan aerobatik Jupiter dari Indonesia dilaporkan terhempas ketika melakukan latihan sempena Pameran Maritim Dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015 di Langkawi, Ahad.

Dalam insiden pukul 2 petang itu, dua pesawat jenis KAI KT-1B Woongbi bertembung antara satu sama lain sebelum terhempas.

Kepulan asap dapat dilihat di lokasi kejadian dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Nasib dua juruterbang tidak diketahui dan pasukan mencari dan menyelamat bergegas ke tempat kejadian.

Difahamkan semua latihan dan pertunjukan udara dihentikan serta-merta bagi membolehkan pasukan mencari dan menyelamat melakukan pencarian ke atas juruterbang yang hilang.

Sementara itu Bernama melaporkan menurut seorang saksi, Husin Ahmad, 25, berkata beliau ternampak juruterbang sempat menyelamatkan diri menggunakan payung terjun.

"Saya sedang makan, tiba-tiba ternampak kedua-dua pesawat itu berlanggar sesama sendiri di bahagian ekor menyebabkan ia berasap sebelum terhempas.

"Saya juga nampak seorang juruterbang sempat terjun menggunakan payung terjun," katanya.

Seorang lagi saksi berkata pesawat Jupiter milik Indonesia yang terhempas di Kedawang itu turut mengakibatkan sebuah rumah penduduk tempatan terbakar.

Kebakaran itu kemudiannya dipadamkan anggota bomba.

Pameran LIMA'15 yang dijadual berlangsung bermula 17 hingga 21 Mac ini akan  menyaksikan lima pasukan, termasuk AU-TNI, membuat pertunjukan akrobatik.

Artikel Lain