suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Steven Thiru Presiden Majlis Peguam Yang Baharu

Steven Thiru
KUALA LUMPUR: Steven Thiru telah dipilih sebagai Presiden Majlis Peguam bagi penggal 2015/2016, menggantikan Christopher Leong yang telah menyempurnakan khidmatnya dalam tempoh maksimum selama dua penggal.

Turut bersama Steven adalah George Varughese yang telah dipilih sebagai timbalan presiden yang baharu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam ke-69 di sini, Sabtu.


Sementara itu, bekas wakil Majlis Peguam Negeri Melaka Karen Cheah telah dipilih sebagai setiausaha yang baharu dan bekas wakil Majlis Peguam Negeri Pulau Pinang Abdul Fareed Abdul Gafoor dilantik sebagai bendahari yang baharu.

Steven kemudian berkata AGM tahun ini mencatatkan rekod kehadiran 1,906 ahli.

Mesyuarat itu, yang bermula pada pukul 10 pagi membincangkan 11 usul diikuti dengan pemilihan, mengambil masa 10 jam untuk membuat kesimpulan dan berakhir pada pukul 8 malam.

Artikel Berikut

Artikel Lain