suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hudud: DAP Perlu Beri Penjelasan Kepada Masyarakat Cina Di Kelantan

Datuk Dr Wee Ka Siong
JOHOR BAHRU: DAP yang berdiam diri berhubung pelaksanaan hudud, berhutang penjelasan dengan masyarakat Cina di Kelantan, kata Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pada Sabtu berkata, sebelum pilihan raya umum ke-13, DAP berjanji kepada pengundi bahawa tidak ada sebab untuk mereka takut PAS melaksanakan hudud selagi parti itu masih wujud.

"Pilihan raya umum telah berlalu dan PAS akan meneruskan pindaan rang undang-undang hudud yang hendak diluluskan di Kelantan tetapi DAP masih senyap tentang perkara itu.

"Apa yang berlaku kepada janji DAP kepada pengundi? Dan apa yang berlaku kepada semangat perjuangan mereka?," soal Dr Wee.

Beliau berkata penjelasan sepatutnya diberikan kepada masyarakat Cina di sana yang terpengaruh untuk mengundi PAS kerana DAP memberi jaminan kepada mereka.

Dr Wee berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri  Majlis Tahun Baru Cina MCA Tebrau di SJKC Foon Yew 5 di sini.

hudud, DAP, Datuk Dr Wee Ka Siong

Artikel Lain