suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penafian PetroSaudi Jawab Persoalan Mengenai 1MDB - Khairy

Khairy Jamaluddin
GEORGE TOWN: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan penafian syarikat perkhidmatan dan penerokaan minyak PetroSaudi International (PSI) berhubung isu salah laku urus niaga dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dapat menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada syarikat itu.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata penafian yang dibuat syarikat PetroSaudi itu juga dapat menjawab pelbagai tuduhan yang dibuat berkenaan dengan satu transaksi pelaburan yang melibatkan dana 1MDB dengan syarikat itu.

"Saya harap bahawa penafian itu betul sebab ia dapat menjawab pelbagai tuduhan yang telah dibuat berkenaan satu transaksi pelaburan yang melibatkan dana daripada 1MDB dan syarikat berkenaan (PetroSaudi)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program "Mountain Bike Jamboree Balik Pulau" di Balik Pulau, dekat sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh syarikat PetroSaudi, Jumaat, yang menolak kritikan dalam talian berhubung terdapat salah laku mengenai perkongsian kedua-dua syarikat tersebut.

Jurucakap PetroSaudi yang tidak dinamakan dilaporkan sebagai berkata sebarang kenyataan mengenai salah laku dalam dakwaan dalam talian mengenai perkongsian adalah palsu semata-mata dan semua modal yang dilaburkan oleh 1MDB telah dikembalikan dengan keuntungan.

Mengulas lanjut Khairy berkata menerusi penjelasan itu pihaknya berharap perkara tersebut dapat disiasat oleh Ketua Audit Negara.

"Perkara ini sudah menjadi soal kepentingan umum, kita tidak mahu isu 1MDB ini terus menjadi bahan spekulasi. 

"Sekiranya berlaku penyelewengan dalam apa saja urus niaga berkenaan 1MDB, kita harap perkara tersebut dapat didedahkan dalam siasatan yang bakal dibuat, sekiranya tidak ada apa-apa bukti maka kita perlu memberi ruang kepada pengurusan 1MDB untuk meneruskan perancangan mereka," katanya.
PetroSaudi, 1MDB, Khairy Jamaluddin

Artikel Lain