suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumlah Kutipan Harian Pinjaman PTPTN Cecah RM5 Juta

IPOH: Jumlah kutipan harian bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini mencecah RM5 juta, kata Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata peningkatan itu hasil beberapa tindakan yang dilakukan PTPTN bagi memastikan peminjam tegar membuat bayaran balik.

"Kita sedang mengkaji untuk melakukan beberapa penambahbaikan terhadap pendekatan yang dilaksana kerana kutipan yang kita peroleh meningkat dengan begitu ketara sekali.

"Sebelum ini, jumlah kutipan ialah RM800,000 sehari dan selepas tindakan, terdapat lonjakan yang tinggi dalam jumlah kutipan sehingga mencecah RM5 juta sehari, iaitu peningkatan lebih RM4 juta," katanya kepada pemberita di pekarangan Stadium Indera Mulia di sini Sabtu. 

Shamsul Anuar juga berkata PTPTN akan menambah baik perkhidmatan, produk serta beberapa pendekatan dalam usaha meletakkan badan itu sebagai pembiaya pendidikan utama di negara ini, dan pengumuman berhubung perkara berkenaan akan dibuat dalam masa terdekat.

Artikel Lain