suria

PAS Digesa Siasat Dakwaan Terhadap Hatta

Antara poster yang digunakan oleh penyokong Abdul Hadi ketika berkumpul di perkarangan Pejabat Agung PAS pada Ahad. -NORAFIFI EHSAN/The Star.
PETALING JAYA: Siasatan dalaman parti perlu dibuka terhadap dakwaan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli sebagai antara yang berkomplot untuk menggulingkan Presiden sebagai antara yang berkomplot untuk menggulingkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

"Penafian mudah oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali bahawa tiada konspirasi untuk menggulingkan Presiden PAS tidak sedikitpun menjejaskan kredibiliti dakwaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata dakwaan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim amat serius kerana mereka terlibat dalam Pasukan Gerak Saraf (PGS).

"Bukti paparan skrin mesej aplikasi WhatsApp yang menunjukkan Hatta mengeluarkan arahan supaya menjatuhkan presiden dan kepimpinan ulama amat serius dan tidak boleh diketepikan," katanya.

Pada Ahad lalu, sekumpulan penyokong Abdul Hadi mendakwa Dr Hatta sebagai antara yang berkomplot untuk menggulingkan beliau.

Fadhli Ibrahim pada Ahad mendakwa bahawa kumpulan itu mempunyai bukti dalam bentuk paparan skrin mesej aplikasi WhatsApp yang menunjukkan Ahli Parlimen Kuala Krai itu mengeluarkan arahan supaya 'menyerang' Abdul Hadi.

Selain Hatta, beliau juga mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Nawawi Ahmad dan Ketua Penerangan Muslimat, Aiman ​​Athirah Aljundi bersekongkol untuk menjatuhkan presiden dan kepimpinan ulama.


PAS, Dr Hatta Ramli, Abdul Hadi Awang

Artikel Berikut

Artikel Lain