suria

Salah Guna Media Sosial Ancaman Baharu Kepada Negara - Fadillah

Fadillah Yusof.
KUCHING: Penyalahgunaan media sosial yang melampaui batas boleh memusnahkan keamanan, kestabilan, keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati negara sekarang, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. 

Beliau berkata ini adalah ancaman baharu kepada negara yang menggunakan kaedah teknologi canggih. 

"Ancaman itu datangnya daripada kita. Memuat naik 'tuduhan liar' di internet sudah pasti boleh mengancam semua yang kita nikmati sekarang.

"Jika dibiarkan begitu sahaja, ini akan mensia-siakan usaha kita untuk mencapai negara maju menjelang 2020," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita sebelum menyampaikan Anugerah Pingat Jasa Malaysia (JVM) kepada 32 veteran tentera di sini, Sabtu.

Artikel Lain