suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia, Indonesia Bincang Isu Keselamatan Hujung Bulan Ini

Hishammuddin Hussein.
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia akan membincangkan isu berhubung keselamatan kedua-dua negara termasuk isu pertikaian sempadan maritim hujung bulan ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya, perbincangan itu akan diadakan semasa lawatan rasmi Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu ke negara ini yang dijangka 27 Februari.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Simposium Kepimpinan dan Aspirasi Negara ke-3 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo pada Jumaat yang antara lain menyentuh tentang isu tersebut.

Pada Jumaat, Najib dan pemimpin Indonesia itu yang lebih dikenali sebagai Jokowi bersetuju melantik duta khas untuk mengadakan rundingan bagi persempadanan maritim.

Inisiatif itu merupakan satu daripada landasan bagi kedua-dua negara meneruskan usaha menyelesaikan persempadanan maritim yang kompleks dan sudah lama tertunggak.
isu keselamatan, Malaysia, Indonesia

Artikel Lain