suria

Pimpinan Pakatan Bersemuka Ahad Ini Selesai Krisis Dalaman

PETALING JAYA: Ketika perbalahan antara PAS dan DAP berada di kemuncaknya, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akhirnya akan mengadakan mesyuarat pada Ahad ini.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Eksekutif Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimi Sidek berkata, mesyuarat itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS pada pukul 2.30 petang.

Mesyuarat itu juga diadakan dua hari sebelum Mahkamah Persekutuan membacakan keputusan kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini.

Ia juga dilihat sebagai medan penyelesaian perbalahan yang wujud antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berhubung kontroversi pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Mesyuarat tersebut dijangka dihadiri semua kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang akan membincangkan perkara berbangkit mengenai Pakatan Rakyat.

"Sekretariat percaya ini akan seterusnya mengukuhkan persepakatan semua parti dalam Pakatan Rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa malam.

Shabrimi Sidek

Artikel Sebelum

Bahaya Dari Laut

Artikel Lain