suria

Penolong Pengarah AADK Maut Kemalangan

SEREMBAN: Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) maut dalam kemalangan di Senawang di sini, pukul 12 tengah malam Isnin.

Jurucakap polis berkata mangsa, Azli Yaakob, 39, yang memandu kereta Perodua Kancil dipercayai bersama tiga orang lain, dalam perjalanan ke Senawang dari rumahnya di Taman Tuanku Jaafar di sini, sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Saga yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan, pemandu kereta Proton Saga itu yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk cuba memotong kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan merempuh kereta mangsa.

Sepasukan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa yang mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini.

Bagaimanapun, Azli disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan, manakala tiga mangsa lain stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian. 

AADK, Senawang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain