suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penuntut UiTM Maut Dikelar Teman Lelaki Dekat R&R Bukit Gantang

Mangsa rebah di tepi kereta selepas dikelar teman lelakinya di R&R Bukit Gantang, Ahad.

IPOH: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninggal dunia selepas dikelar di bahagian leher oleh teman lelakinya di tepi Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang dekat Taiping, Isnin.

Susulan kejadian itu, Nursyuhada Johari, 17, segera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supritendan Ismail Che Isa berkata, beberapa saksi yang melihat kejadian itu berkata, pasangan itu dilihat bergaduh di dalam  sebuah kereta Proton Perdana di tepi lebuh raya itu pada 12.30 tengah hari.

"Gadis itu kemudian dilihat terjatuh dari kereta berkenaan dan terdapat kesan luka pada bahagian lehernya akibat dikelar dengan pisau," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu segera menahan lelaki berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Lain