suria

Jangan Bandingkan PT3 Dengan PMR - Kamalanathan

P. Kamalanathan.
PUTRAJAYA: Orang ramai harus berhati-hati apabila memberi maklum balas mengenai peperiksaan sulung Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan tidak membandingkannya dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata kedua-dua peperiksaan berbeza kerana kedua-duanya bukan sahaja dijalankan dalam format yang berbeza tetapi juga mempunyai tujuan yang berbeza.
 
"Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi" digunakan dalam PT3 dan tidak seperti PMR, semua kertas PT3 terdiri daripada soalan subjektif yang memerlukan pelajar untukberfikir dan proses penandaan juga telah dipertingkatkan.
 
"Pada dasarnya, ini adalah dua set peperiksaan yang berbeza dan membandingkannya adalah usaha yang sia-sia," katanya dalam catatan terbaharu beliau hari ini bertajuk "Marilah kita bekerja bersama-sama untuk masa depan yang lebih baik untuk pelajar kita " dalam blognya, pkamalanathan.blogspot.com. 

Beliau berkata keputusan PT3 yang diumumkan pada Isnin telah mendapat pujian serta kritikan daripada pihak berkepentingan dan orang awam.
 
"Perbandingan paling asas ialah pada pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan PT3 itu. Saya pasti mereka telah melalui sistem pendidikan yang sama kerana setiap pelajar lain, jika tidak di seluruh negara, tetapi sekurang-kurangnya di sekolah masing-masing.
 
"Jika mereka dapat memahami format baharu dan melaksanakannya, apakah cabaran bagi pelajar lain?," Kamalanathan mempersoalkan.

Kamalanathan berkata, satu lagi kes yang menarik perhatian ialah Aisyah Azizul Raheem, 15, anak sulung pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan oleh pihak berkuasa Sweden kerana mendera anak mereka.
 
"Beliau menunjukkan prestasi yang baik, memperoleh 5A walaupun dia hanya belajar selama sebelas bulan di Malaysia, di tengah-tengah krisis keluarga. Memandangkan situasi yang dihadapinya, pencapaiannya adalah luar biasa.
 
"Persoalan yang perlu ditanya ramai orang ialah mengapa ramai pelajar kita sendiri mendapati PT3 satu cabaran atau sukar, seperti didakwa oleh sesetengah daripada mereka dan ibu bapa mereka dalam media.

"Saya ingin menyeru kepada semua pihak untuk bersama-sama dan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memastikan hasrat kami untuk menyediakan pendidikan berkualiti tercapai dalam masa sesingkat yang mungkin, " katanya.

Kamalanathan berkata gesaan itu membabitkan penglibatan yang berterusan dan maklum balas yang membina daripada semua pihak berkepentingan.
 
"Saya yakin Kementerian Pendidikan mengalu-alukan semua maklum balas yang membina dan komited untuk melakukan apa yang diperlukan untuk sistem pendidikan kita menjadi antara yang terbaik di dunia," katanya.

Sebanyak 453,413 calon yang menduduki peperiksaan PT3 di 2,608 pusat peperiksaan di seluruh negara pada Oktober menerima keputusan mereka pada Isnin (22 Dis).

Ini kali pertama penilaian PT3 dilaksanakan untuk menggantikan PMR yang diperkenalkan pada 1993.
PT3, PME, Kamalanathan

Artikel Sebelum

Mangsa Banjir Terus Meningkat

Artikel Lain