suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penguatkuasaan Sosma Perlu Dipertingkat - Shahidan

Shahidan Kassim.

JERANTUT: Penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) perlu dipertingkat untuk membendung ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata, ketika negara berhadapan dengan pelbagai cabaran masa kini, penguatkuasaan peraturan dan undang-undang secara tegas amat penting dalam memastikan keharmonian dan keamanan negara dapat dikekalkan.

"Saya berpendapat adalah lebih baik kita pertingkatkan (penguatkuasaan) Sosma, malah majoriti Ahli Parlimen pun menyokong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerantut di sini, Sabtu.

Beliau berkata, penguatkuasaan undang-undang secara tegas juga dapat memastikan pembangunan ekonomi negara dapat terus ditingkatkan dan menarik pelabur asing ke negara ini. 

Sementara itu, berhubung permintaan beberapa Bahagian Umno supaya kerajaan mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Shahidan berkata: "Bagi saya dalam isu ISA ini kita kena bergerak ke hadapan, kita telah wujudkan Sosma, kita hanya perlu pertingkatkan penguatkuasaannya".

Shahidan Kassim, Sosma

Artikel Lain