suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mohamad Fuzi Ambil Alih Tugas Bakri Zinin

Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun pada Jumaat secara rasminya mengambil alih tugas sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berikutan persaraan Tan Sri Mohd Bakri Zinin.

Mohamad Fuzi sebelum ini ialah Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) Kuala Lumpur di sini yang disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.

Mohd Bakri menjawat jawatan itu sejak 17 Mei 2013.

"Selama hampir 39 tahun berkhidmat dalam PDRM, karier tersebut telah menjadi darah daging saya dan tidak mungkin mudah untuk melupakan pengalaman yang telah dilalui selama berkhidmat dalam pasukan.

"PDRM telah membentuk saya, mengajar saya erti kehidupan...telah memberi banyak pengalaman yang tidak dapat diperolehi di tempat lain," kata Mohd Bakri yang menyertai PDRM pada 6 November 1975.

Artikel Lain