suria

Budak Perempuan Jatuh Pangsapuri Dilapor Stabil Selepas Dibedah

IPOH: Kanak-Kanak perempuan berusia tiga tahun, yang parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga pangsapuri kediaman anggota Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut, dilapor semakin stabil.

Jurucakap Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berkata Norfadhiah Allisa Mohd Faizul selamat dibedah malam semalam namun masih menerima rawatan rapi.

"Selepas pembedahan dijalankan, beliau dilihat semakin stabil namun belum sedarkan diri dan kini masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) kanak-kanak," katanya ketika dihubungi Jumaat.

Dalam kejadian pukul 10 pagi Khamis, Norfadhiah dikatakan bermain di kaki lima pangsapuri itu sebelum terjatuh atas bumbung tambahan yang diperbuat daripada kanvas di tingkat bawah dan terhempas di kaki lima bangunan 10 tingkat berkenaan.

Akibat kejadian itu, tempurung kepala mangsa retak manakala otaknya bengkak.

Mangsa, yang pada mulanya dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut, dipindah ke HRPB dengan helikopter pasukan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain