suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisis Selangor: Mustafa Ali Sahkan Hadi Hantar Surat Calonkan 3 Nama

Mustafa Ali
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar surat yang mengandungi tiga nama bagi jawatan Menteri Besar Selangor kepada pihak istana.

Perkara itu disahkan Mustafa seperti yang dilaporkan media rasmi PAS, Harakah.

Bagaimanapun Mustafa enggan mendedahkan nama-nama yang terkandung dalam surat tersebut.

"Buat masa ini, biarkan dahulu," katanya.

Mustafa berkata, tiga nama dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaras dengan permintaan agar setiap parti mengemukakan lebih daripada dua nama.

"Jadi ia memang lebih daripada dua nama...sekurang-kurangnya tiga," tambah Mustafa sambil memberitahu bahawa surat itu dihantar pada Rabu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain