suria

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Berkurangan

KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan setakat pukul 9 pagi Ahad terus berkurangan iaitu 552 orang berbanding 1,613 orang malam Sabtu.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu melibatkan dua jajahan iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

Di jajahan Pasir Mas, yang melibatkan kawasan Rantau Panjang, 517 orang masih berada di tujuh pusat pemindahan berbanding 1,613 orang, Sabtu.

Di jajahan Tumpat pula, lima mangsa yang baru dipindahkan pada awal pagi ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Pengkalan Kubor ekoran limpahan air Sungai Golok.

Paras Sungai Golok di Rantau Panjang juga semakin surut tetapi masih berada di paras 9.52 meter, melepasi paras bahaya 9 meter. Keadaan cuaca pagi ini dilaporkan cerah. - BERNAMA

Artikel Lain