suria

RM2 Juta Disalur Kepada DBP Bantu Penulis Hasil Karya Bermutu - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM2 juta akan disalurkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi membantu penulis menghasilkan karya-karya bermutu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peruntukan khas itu akan diguna bagi melaksanakan lima inisiatif membina bakat dan kemahiran penulis di negara ini.

"Saya melihat golongan penulis, khususnya menerusi persatuan-persatuan penulis di negara kita telah memainkan peranan penting dalam proses pembinaan negara bangsa.

"Golongan penulis di negara kita perlu terus dibela supaya mereka dapat menyumbang secara lebih bermakna terhadap usaha membina sebuah masyarakat yang maju, berilmu dan bersatu padu," katanya pada majlis ramah mesra bersama penulis, di sini Isnin.

Lima inisiatif itu termasuk memberi bantuan kewangan RM10,000 kepada setiap persatuan penulis untuk membiayai program pembudayaan bahasa dan sastera, bantuan khas RM5,000 kepada penulis yang berminat menerbit dan memasarkan karya mereka serta membiayai kos menjalani program latihan luar negara. - BERNAMA

Artikel Lain