suria

Pembinaan Pusat Pentadbiran Persekutuan Sarawak Diteruskan - TPM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan sebahagian daripada penjawat awam seluruh negeri yang menghadiri majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri dengan Penjawat Awam di Kuching, Isnin. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud. -fotoBERNAMA

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan pembinaan pusat pentadbiran persekutuan bernilai RM2 bilion di kawasan Rambungan-Sempadi dekat sini mungkin dapat dilaksana secara berfasa dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata projek itu akan diteruskan atas komitmen kerajaan Persekutuan jika konsepnya dapat diterima dan wang peruntukan dapat disediakan.

"Satu kajian mendalam sedang dibuatkan oleh pihak swasta yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri, namun saya akan timbulkan cadangan tapak baharu berkenaan pada mesyuarat Kabinet yang akan datang," katanya pada sesi dialog sempena majlis perjumpaan bersama 3,000 penjawat awam di Sarawak Isnin.

Berikutan persetujuan kerajaan pusat untuk membangun pusat baharu sejak 1997, pembinaan jalan raya ke tapak itu sepanjang 25 kilometer, yang menelan kos hampir RM300 juta, sudah siap memandangkan potensi impak pembangunan, termasuk dari segi sektor pelancongan dan pertanian.

Menjawab satu soalan, Muhyiddin berkata projek sebesar itu memang mampu menjadi pemangkin dengan kesan limpahan ekonomi ke kawasan sekitar selain satu strategi mengurangkan kesesakan lalu lintas, terutama di tengah bandaraya Kuching.

Dalam pada itu, beliau berkata pembangunan pesat serta keamanan yang dinikmati rakyat di negara ini adalah hasil perjuangan bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan penjawat awam.

Beliau berharap usaha yang dilakukan dapat diteruskan jika ada gandingan dan kerjasama antara kerajaan dan penjawat awam. - BERNAMA

Artikel Lain