suria

Pilih BN Yang Holistik Atau Pembangkang Yang Bercelaru - PM

Najib ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 ke-66 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis. 

-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat mempunyai pilihan sama ada mahu terus memilih Barisan Nasional (BN) yang holistik atau pembangkang yang kelam kabut dan bercelaru pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Najib, sememangnya wujud pendapat yang mengatakan bahawa tidak salah memberi peluang kepada pembangkang bagi melihat sejauh mana kemampuan mereka mengurus dan mentadbir negara.

Bagaimanapun beliau menegaskan, tindakan itu merupakan satu risiko yang besar kerana masa depan negara ini bukanlah satu bahan untuk dijadikan uji kaji.

"Adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji.

"Tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal...menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Persidangan Agung Umno di sini, Khamis.

Artikel Sebelum

Universiti Ketawa...

Artikel Lain