suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN Pahang Yakin Menang 13 Kerusi Parlimen- Adnan Yaakob

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) Pahang dapat memenangi sekurang-kurangnya 13 daripada 14 kerusi parlimen negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Adnan yang juga Pengerusi BN Pahang berkata satu lagi kerusi parlimen berada dalam situasi 50-50.

Mengenai kerusi dewan undangan negeri (DUN), BN Pahang yakin dapat menguasai 40 daripada 42 kawasan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Mengenai Memudah Cara Peningkatan Masyarakat (FSU), di sini, Rabu.

Pada pilihan raya umum 2008, BN kalah di dua kerusi parlimen iaitu Kuantan dan Indera Mahkota kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan lima kerusi DUN iaitu Triang dan Tras kepada DAP, Beserah dan Kuala Semantan (PAS) serta kerusi Tanah Rata kepada calon Bebas.

Bagaimanapun, wakil Bebas Ho Yip Kap kemudian menyertai BN menerusi parti Gerakan.

Mengenai kerusi parlimen yang berada dalam situasi 50-50 itu, Adnan berkata: "Kalau kita lebih lagi mendekati rakyat, Insya-Allah kita akan dapat 14 (kerusi parlimen)," katanya.

Beliau juga melihat BN Pahang berpeluang menggoyahkan dua kubu kuat DAP di DUN Triang dan Tras. BERNAMA

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia