suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Umno Mahu Kuota 30 Peratus Calon Wanita Pada PRU 13

KUALA LUMPUR: Perwakilan Wanita mengusulkan hasrat menuntut kuota 30 peratus calon wanita diberikan peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Usul berkenaan telah dicadangkan Ketua Wanita Kelantan, Rita Sarbanon.

Menurutnya, peratusan itu adalah dirasakan layak kerana Wanita Umno selama ini sentiasa peka dalam menggalas tugas.

"Sudah lama Wanita hanya jadi jentera. Tetapi kali ini, berilah peluang untuk kami jadi calon.

"Wanita sudah siap untuk menghadapi PRU13 kerana kami tiada agenda melainkan hanya untuk parti," katanya ketika sesi perbahasan usul sayap Wanita Umno di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu.

Menurutnya, tidak ramai Ketua bahagian yang bersifat pemurah kepada wanita.

"Jika ada peruntukan yang diberikan, ia tidak sampai kepada kami, sedangkan wanita telah bertungkus lumus dalam menyiapkan kerja.

"Jika wanita diberikan sebanyak 30 peratus untuk menjadi calon, mungkin boleh menang besar," katanya.

Cadangan tersebut telah disokong Ketua Penerangan Wanita Kedah, Halijah Puteh yang berpendapat wanita sudah boleh memegang jawatan tertinggi.

"Jangan pandang rendah kemampuan wanita.

"Sudah banyak yang kami buktikan dengan jentera sedia ada," katanya.

Artikel Sebelum

Universiti Ketawa...

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia