Beberapa Sungai Di Selangor, Kedah Dan Negeri Sembilan Melebihi Aras Amaran Dan Bahaya - Semasa | mStar

Beberapa Sungai Di Selangor, Kedah Dan Negeri Sembilan Melebihi Aras Amaran Dan Bahaya

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di beberapa kawasan di Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah agar berwaspada kemungkinan banjir berikutan bacaan paras air sungai melebihi aras amaran dan bahaya.

Kawasan terbabit ialah sekitar Kuala Langat, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, Jempol, Gemas, Rembau di Negeri Sembilan dan Sik, di Kedah.

Setakat 11.50 pagi, bacaan Sungai Langat di Bukit Changgang di Kuala Langat mencatat 4.02 meter, Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor, 7.45 meter iaitu melebihi aras amaran manakala Sungai Bernam di Jambatan SKC, Hulu Selangor mencatat 19.07 meter, iaitu melebihi aras bahaya.

Menurut portal JPS, aras Sungai Serting di Serting Ulu di Negeri Sembilan pula mencatatkan 73.62 meter, Sungai Rembau di Titian Bintangor, Rembau (6.40 meter) iaitu melebihi paras amaran manakala Sungai Muar di Pekan Rompin, Gemas, Negeri Sembilan melebihi aras bahaya iaitu 35.98 meter.

Sungai Chepir di Batu 5 di Sik, Kedah mencatatkan 32.86 meter iaitu melebihi aras amaran.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing 18 dan 20 orang.

Dua buah pusat pemindahan dibuka iaitu di Surau Sungai Nilam, Sungai Selisek, Hulu Bernam, Hulu Selangor dan Balai Raya Kampung Batu Kikir Timur, Jempol, Negeri Sembilan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain