Cadangan Menggunakan Teknologi Membran Atasi Krisis Air, Tidak Praktikal – Muhyiddin - Semasa | mStar

Cadangan Menggunakan Teknologi Membran Atasi Krisis Air, Tidak Praktikal – Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) berkata sesuatu semasa membuat tinjauan Operasi Empangan Sungai Selangor di sini, Isnin. Turut kelihatan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon (dua, kiri). --fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) berkata sesuatu semasa membuat tinjauan Operasi Empangan Sungai Selangor di sini, Isnin. Turut kelihatan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon (dua, kiri). --fotoBERNAMA

HULU LANGAT: Timbalan Perdana Menteri yang merujuk perkara itu kepada pakar-pakar air Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata penggunaan teknologi tersebut yang dijangka menjangkau lebih RM3bilion di 34 loji di Selangor itu tidak dapat menjamin kualiti air.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan negeri Selangor memberi kelulusan untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk menampung keperluan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan yang dijangka meningkat sebanyak 3.5 peratus hingga 4.0 peratus setiap tahun.

"Saya tidak faham kenapa perlu menggunakan teknologi itu untuk menyelesaikan masalah air. Kalau kerajaan negeri yang bijaksana, mereka harus melihat penggunaan teknologi itu bukan jalan penyelesaiannya. Kalau kaji dari segi daya maju, ia tidak berdaya maju kerana daripada segi kosnya menurut pakar, ia adalah lebih tinggi.

"Saya hairan dan takjub kerajaan negeri mahu membincangkan (dengan saya) kerana ia bukan penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor di sini, Isnin.

Muhyiddin berkata bekalan air yang disalurkan melalui 34 loji air di Selangor boleh lagi menampung keperluan industri dan penggunaan domestik namun Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menghadapi krisis air menjelang tahun 2015.

Beliau dimaklumkan bahawa beberapa pemaju perumahan tidak memperoleh sijil layak menduduki (CF) kerana pembekal utiliti tidak bersedia membekalkan air kerana ketiadaan sumber air baru.

"Ini kenyataan dan fakta, sesuatu yang serius. Menteri Besar harus menyelesaikannya secepat mungkin," katanya.

Muhyiddin menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak pernah mempolitikkan isu air seperti yang didakwa Khalid kerana ia membabitkan soal keperluan asas manusia.

"Ini soal hidup mati dan soal keperluan asas manusia. Ia tidak harus dipolitikkan. Saya menjelaskan berdasarkan fakta daripada pakar-pakar jurutera air dan ia bukan daripada saya, bahawa situasi adalah kritikal dan ia perlu diselesaikan

"Kerajaan negeri Selangor tidak boleh melengah-lengahkan dan mesti memberi kebenaran agar tiga majlis perbandaran boleh mengeluarkan perintah pembangunan bagi pembinaan Langat 2 demi kepentingan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Peguam Negera yang diminta untuk menentukan jika ada mana-mana peruntukan dalam Kanun Tanah Negara atau Akta Pengambilan Balik Tanah yang membenarkan kerajaan pusat meneruskan pembinaan Langat 2 demi kepentingan rakyat, masih belum memberi maklum balas kepada beliau. "Walau apapun, saya keluarkan arahan dan kabinet telah setuju tawaran untuk projek ini dikeluarkan kerana kerajaan pusat serius untuk mengatasi krisis air.

Kalau ia tidak diatasi sekarang, satu krisis air serius akan berlaku," katanya.

Muhyiddin berkata 20 syarikat yang berminat telah mengambil borang tawaran tawaran tender bagi membina Langat 2 yang dikeluarkan dan proses pemberian tawaran dijangka diketahui selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.

"Kalau projek pembinaan Langat 2 dapat bermula pada tahun depan, ia dijangka akan siap pada 2016 atau 2017 untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat," katanya sambil menambah bahawa projek tersebut dilaporkan sudah lewat kira-kira dua tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain