suria

Yuran Pendaftaran, Pembaharuan Sijil Perniagaan Percuma Untuk OKU

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) mencuba mesin eBraille Al-Quran semasa melawat ke tapak pameran selepas majlis perasmian Program Jalinan Kasih Kesedaran Keusahawanan Bersama Orang Kurang Upaya (OKU) di perkarangan Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Naim Daruwish (kanan). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini (Selasa), Orang Kurang Upaya (OKU) tidak perlu membayar yuran pendaftaran serta yuran pembaharuan sijil perniagaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bersetuju memberikan kemudahan tersebut secara percuma bagi menggalakkan usahawan OKU mendaftarkan syarikat dan melibatkan diri secara aktif dalam perniagaan.

"Dengan mendaftarkan syarikat dengan SSM, ia akan memudahkan mereka (golongan OKU) untuk memulakan perniagaan atau memohon lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Ia juga membolehkan mereka memohon pinjaman di institusi kewangan untuk memperluaskan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Kasih: Kesedaran Keusahawanan Bersama OKU anjuran SSM di sini, Selasa.

Ketika ini, yuran pendaftaran perniagaan adalah sebanyak RM50 manakala yuran pembaharuan sijil perniagaan juga RM50 bagi tempoh lima tahun.

Sehubungan itu katanya, SSM akan mengadakan kaunter bergerak (mobile SSM) bagi membolehkan OKU di seluruh negara mendaftar dan memperbaharui sijil perniagaan.

Ismail Sabri berkata, kementerianya juga mengenal pasti perniagaan francais yang sesuai dengan memerlukan modal bawah RM50,000 untuk diusahakan golongan OKU melalui pinjaman skim mikro Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Katanya, ketika ini Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyediakan geran percuma untuk OKU memulakan perniagaan berjumlah RM2,700. - BERNAMA

Artikel Lain