AGM MCA Lulus 16 Resolusi - Semasa | mStar

AGM MCA Lulus 16 Resolusi

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung MCA ke-59 meluluskan 16 resolusi yang antara lain menyokong sepenuhnya pelaksanaan skim gaji minimum RM900 dan lanjutan umur persaraan demi meningkatkan daya saing negara secara keseluruhan.

Resolusi yang meliputi lima aspek iaitu hal ehwal parti, ekonomi, pendidikan, politik dan masyarakat itu diumum Speaker Datuk Yik Phooi Hong selepas penggulungan perbahasan, di Wisma MCA pada Ahad.

Pada aspek hal ehwal parti, MCA menyokong sepenuhnya program mesra rakyat yang dijalankan oleh parti untuk memanfaatkan anggota parti dan rakyat.

Selain itu, MCA menyeru anggota akar umbi mempergiatkan kempen dan memantapkan perpaduan parti bagi menjamin kemenangan MCA dan Barisan Nasional, serta menegaskan pendirian untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika parti gagal mencapai keputusan yang lebih baik pada pilihan raya umum ke-13.

Pada aspek politik, MCA mengecam pakatan pembangkang kerana menyemai budaya politik kebencian yang menggugat perpaduan negara demi kepentingan politik mereka sendiri, dan mengelirukan masyarakat Cina mengenai hukum hudud PAS.

Resolusi ekonomi antaranya menyokong dasar liberalisasi kerajaan untuk melonjakkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, serta langkah peralihan subsidi pukal kepada subsidi bersasar dalan Belanjawan 2013.

Dalam pendidikan, parti itu mengalu-alukan langkah menaik taraf Kolej Tunku Abdul Rahman kepada status kolej universiti serta mengekalkan geran sepadan supaya pendidikan tinggi berkualiti dengan yuran rendah dapat diteruskan.

Kursus-kursus vokasional dalam bahasa ibunda dapat disediakan agar lebih ramai belia menyertai latihan vokasional, menyokong penubuhan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan serta menggesa supaya kelas peralihan di sekolah menengah dikekalkan dan mengekalkan kurikulum bahasa Malaysia yang sedia ada di sekolah vernakular.

Selain itu, MCA menggesa kerajaan meneruskan pelaksanaan dasar pendidikan berteraskan pelbagai bahasa untuk meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan belia demi menghadapi cabaran globalisasi.

Pada aspek masyarakat, parti itu menyokong agenda antijenayah kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih selamat serta usaha berterusan kerajaan untuk menambah perwakilan wanita pada peringkat pembuat keputusan di semua sektor.

Persidangan dua hari yang berlangsung sejak semalam itu dihadiri 1,698 perwakilan dari seluruh negara dan mencatat kehadiran 72.53 peratus. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ahli Perkasa Sokong Calon BN - Ibrahim Ali

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain