Jangan Bandingkan Kadar Kemalangan Di Malaysia Dengan Negara Lain - Kong - Semasa | mStar

Jangan Bandingkan Kadar Kemalangan Di Malaysia Dengan Negara Lain - Kong

PELABUHAN KLANG: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata isu kemalangan jalan raya di negara ini tidak harus dibandingkan dengan sesetengah negara, kerana ada negara lain yang mencatatkan kadar jauh lebih tinggi.

"Negara seperti China dan India, setiap tahun lebih daripada 100,000 orang maut di atas jalan raya, manakala Amerika Syarikat dan Indonesia setiap tahun lebih daripada 33,000 rakyatnya maut akibat kemalangan jalan raya.

"Jadi, kemalangan bukan hanya terhad di negara kita sahaja. Walaupun ada pihak selalu kata kadar kemalangan di negara kita tinggi tetapi kemalangan berlaku di mana-mana sahaja," katanya kepada pemberita, di sini, Ahad.

Kong berkata secara keseluruhan, lebih 1.3 juta pengguna kenderaan di seluruh dunia maut akibat nahas jalan raya setiap tahun.

Beliau sebelum itu melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pandamaran A, di sini.

Mengenai kadar kemalangan maut di negara ini, Kong berkata pada 2011, seramai 6,877 pengguna kenderaan di negara ini mati akibat nahas jalan raya dan 60 peratus daripadanya adalah penunggang dan pembonceng motosikal.

Beliau berkata kumpulan itu juga merupakan bilangan paling besar terlibat dalam kemalangan jalan raya di Malaysia.

"Di mana-mana negara di seluruh dunia penunggang motosikal merupakan penyumbang terbesar kepada kemalangan. Seperti di Perancis, hanya dua peratus kenderaan adalah motosikal tetapi ia menyumbang 30 peratus kemalangan maut di negara itu.

"Di negara kita ada kira-kira 40 peratus penunggang motosikal dan ia menyumbang lebih daripada 60 peratus kemalangan maut di negara kita," katanya.

Justeru, Kong berkata sokongan semua pihak diperlukan dalam membantu usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini, khususnya yang melibatkan penunggang motosikal.

Beliau berkata kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya termasuk menganjurkan program pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah rendah sejak beberapa tahun lepas.

"Untuk tahun ini, program yang sama akan dimulakan di peringkat sekolah menengah dan ini sedikit sebanyak boleh menimbulkan kesedaran di kalangan anak muda," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

KDN Diminta Siasat Buku Irshad Manji

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini