Tiga Terbunuh Dalam Kemalangan Berasingan Di Perak - Semasa | mStar

Tiga Terbunuh Dalam Kemalangan Berasingan Di Perak

IPOH: Tiga terbunuh dalam kemalangan berasingan membabitkan seorang pelajar dan dua pemandu lori di Perak semalam dan awal pagi Rabu.

Ketua Polis Trafik Negeri, Supt Wan Abdullah Ishak berkata dalam kejadian awal hari ini seorang pelajar terbunuh selepas bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang pelajar lain di Jalan Besar Felda Gunung Bersaut, Tanjung Malim.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah malam itu ialah Abdul Aziz Abdul Rahmat, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Bersaut, katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Wan Abdullah berkata mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia sejam selepas dirawat di Hospital Slim River manakala seorang lagi pelajar Mohamad Dasuki, 16, cedera ringan dan dirawat di hospital sama.

Kejadian berlaku ketika mereka masing-masing menunggang motosikal di kawasan tanah rancangan itu tanpa memakai topi keledar dan bertembung antara satu sama lain.

Dalam satu kemalangan di Tapah, seorang pemandu treler terbunuh selepas bertembung dengan sebuah lori tanker di KM 62 Ipoh-Kuala Lumpur pada pukul 7 malam semalam.

Mangsa S.Balasundram, 43 berasal dari Kampung Muhibbah, Chenderiang, Tapah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tanker cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Tapah.

Dalam kejadian di sebuah kilang kuari di Kampung Gunung Pasir, Kampar pada pukul 6.45 petang pula, seorang pemandu lori terbunuh selepas lori yang dipandunya merempuh sebuah jengkaut.

Mangsa Mohd Azlan Shah Meor Yakob, 26, dari Kampung Changkat Lenggong, Gopeng meninggal dunia di tempat kejadian. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain